Sunday, June 05, 2011

Soal Diri Dengan Soalan Positif???


Salam semua...

Pernah x kita soal diri kita dengan soalan-soalan yang positif yang boleh membina semangat kita???
Kalau belum pernah cubalah....

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

  • Kenapalah aku gagal?


  • Mengapa nasib aku sentiasa malang?


  • Kenapalah orang semua tak suka aku?


  • Apalah nak jadi dengan aku ni?


Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

  • Apa yang belum aku lakukan lagi?


  • Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?


  • Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?


  • Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?


  • Siapa yang boleh bantu aku?


Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

Selamat Mencuba !!

0 comments:

Post a Comment