Wednesday, June 15, 2011

Dasar Sosial Negara-fokus tau kawan2!!!!!! ~pengajian am 1 ~

DASAR SOSIAL NEGARA (DSN)

Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.
LATAR BELAKANG
1990an-Perbincangan isu-isu social dan keperluan satu dasar social Negara.
1996 – Penubuhan Jawatankuasa Kabinet bagi  Membanteras Masalah Sosial (JKMMS)
1998 – JPPN membincangkan perlunya ada DSN-UPE minta KPNPM menggubal DSN
1999 – KPNPM  menganjurkan bengkel DSN –Pelantikan Pakar Runding PINTAS.
2002 – Pakar Runding PINTAS menghasilkan draf DSN –Pasukan petugas Khas di KPNPM
           -DSN,Jentera pelaksanaan dan pendekatan dibentangkan kepada JKMMS
2003- DSN diluluskan oleh Jemaah  Menteri (19 Februari)-DSN dilancarkan secara rasmi (19 Ogos)

Penyataan Dasar

DSN ialah dasar pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju serta mantap.

Penyataan Matlamat

Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap dengan setiap anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan saksama selaras dengan matlamat wawasan 2020.


Objektif Umum

Menjamin setiap individu , keluarga dan masyarakat tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya, gender dan fahaman politik serta wilayah dapat menyertai dan memberi sumbangan kepada arus pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan hidup secara berterusan






Objektif Khusus
  1. Memastikan keperluan asas individu, keluarga dan masyarakat dipenuhi
·         Keperluan asas secukupnya
·         Persekitaran fizikal yang sihat bersih,selamat dan mesra insan.
·         Persekitaran sosial mengutamakan nilai-nilai murni
·         Peluang untuk meningkatkan kualiti hidup
·         Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat serta hak sebagai warganegara
·         Keperluan hidup lain yang sesuai dengan perkembangan semasa.

  1. Membangun dan memperkasakan insan sepanjang hayat
·         Tanpa membezakan gender, keturunan dan keupayaan fizikal untuk mengguna dan mempertingkatkan sumber serta kebolehan kendiri secara optimum pada setiap peringkat kitaran hidup
  1. Memperkukuh dan membangunkan sistem sokongan sosial dan perkhidmatan sosial
·         Memperkukuh dan menambahkan sistem sokongan sosial seperti sistem keluarga,etnik,agama dan organisasi sosial dan lain2 di peringkat komuniti
·         Sistem penyampaian perkhidmatan sosial di semua sektor yang terlibat dengan perkhidmatan sosial
  1. Menjana sinergi multisektor
·         Kerjasama antara pelbagai bidang dalam dan di antara sektor awam, swasta dan sukarela perlu dipertingkatkan supaya wujud satu sinergi tenaga dan sumber di dalam masyarakat untuk menjamin perkhidmatan sosial yang terbaik untuk semua anggota masyarakat, berasaskan konsep bahawa pembangunan sosial adalah tanggungjawab bersama. 




Dan Selamat Hari Lahir yg ke- 25 buat kakak tersayang....















1 comments:

NadyaHyun92

alhamdulillah..masuk exam...

Post a Comment