Thursday, May 26, 2011

~MaJLiS sAmbuTaN hARI gURu SMKA (P) Kangar 2011~

Hari ini merupakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah bagi Sek.Men.Keb Agama Perempuan,Kangar..
Pentas dihiaskan dengan pelbagai hiasan yang sangat menarik....Majlis dimulakan apabila para guru diiringi masuk ke dewan.Pengetua,Datin Hjh Ramlah Bt Sudin merasmikan majlis dengan acara menggunting reben sebagai simbol perasmian...Para guru diiringi masuk ke dewan Az-zahra oleh Para pelajar daripada Majlis Kepimpinan Pelajar..Para guru dan pelajar mengambil tempat.

Kemudian majlis diteruskan lagi dengan acara nyanyian Lagu Kebangsaan,Lagu Negeri dan Lagu Sekolah sebagai penghormatan..Majlis diserikan lagi dengan ucapan-ucapan oleh para guru dan ketua pelajar.....Kemudian para guru menyanyikan Lagu Tema Hari Guru dan Lagu Guru Menjana Tranformasi Pendidikan...
                                                           nyanyi cikgu....la...la...la...~



Kemudian AJK-AJK aktiviti bersiap sedia untuk menyediakan segala barang yang akan digunakan bagi akativiti sukaneka..Pelbagai aktiviti yang dipertandingkan..antaranya..Congkak,Batu Seremban,Cari Gula-Gula dalam garam,Kerusi Muzik,Membuat Kerabu,Membuat kuih Siput,Bola kena palu,kukur kelapa dll...Aktiviti-aktiviti ini disertai oleh para guru dan pelajar...


Para guru mengambil tempat bagi setiap aktiviti yang telah dipilih oleh mereka..Acara dimulakan pada pukul 10lbh...Acara-acara yang dipertandingkan mendapat sambutan oleh para guru....Masing-masing menyempurnakan aktiviti dengan bersungguh-sungguh untuk merangkul gelaran Juara... Tahniah diucapkan kepada para guru yang berjaya mendapat hadiah...dan tahniah kerana para guru telah berjaya menghabiskan semua permainan dengan jayanya,,,

wow...bukan main lagi cikgu-cikgu saya ni...semua hebat-hebat...
                                                Cikgu Syed cepat sepak bola tu..kasi gol ya ! hehe~
                                                           (Acara Bola Kena Palu)

                                                    Acara Cari gula-gula dalam garam

                                               Acara Kerusi Muzik Antara Guru dan Pelajar

Acara seterusnya ialah acara pentas...Acara ini terdiri daripada persembahan para pelajar dan juga guru..Antaranya..pantun antara guru dengan pelajar...Persembahan para pelajar pula ialah 'choral speaking',pantung,dikir barat,sajak dan persembahan multimedia yang sangat menarik dan menyentuh perasaan para guru dan pelajar...


Alhamdulillah kerana semua Ajk telah berjaya menjalankan tugas dengan amat baik....Terutama MKP dan Para pelajar Pra-Universiti...Tahniah diucapkan...walaupun keletihan namun masih tetap dapat memberikan kerjasama dengan baik dan sempurna....

Semoga Cikgu-cikgu sentiasa dirahmati Allah dan sentiasa mendapat keredhaan Allah S.W.T..
Terima Kasih Cikgu!! Jasamu akan selalu kami kenang sehingga ke akhir hayat...

`Sekian~

Wednesday, May 25, 2011

Duka,Sedih dan Kecewa Pengubat Kegembiraan??

Salam semuanya...begitulah agaknya topik hari ni...dan ini juga boleh jadi kata-kata semangat utk org-org yg mcm aku nieh..(ayat pasrah agaknya..)Hari ini aku pun tak tahu apa sebenarnya salah silap aku...Aku tak tahu la sama ada pernah ada perbuatan aku yang menyakiti hati orang lain..dan orang x suka dan x senang dengan sikap aku...Oleh itu,di sini..saya Nurul Nadia Bt Kamarudin dengan merendah diri memohon maaf sekiranya saya ada melakukan perbuatan yang tidak menyenangkan atau menyakitkan hati sesiapa sahaja...paling penting...sahabat-sahabat saya di sekolah la..maafkan saya k..kadang-kadang saya pun x sedar kalau saya ni dah buat salah...kalau boleh,waktu saya dh buat salah tolong tegur la..sy x kn marah pn..sbb mmg slh sy...ok??Baiklah...sekarang bukan nak bincang pasal ni..aku nak bincang tentang kekecewaan,sedih,dan duka...Semua orang pun pernah hadapi semua ni kan??Macam aku ni...dh mcm2 peristiwa aku lalui...untuk bangun daripada kekecewaan,dan kesedihan tu..aku akan buat macam-macam cara...Tipu la kalau orang cakap dia x pernah sedih dan x pernah menangis kn?? Sebenarnya...Kegagalan,kekecewaan,kesedihan tu pengubat kepada kegembiraan...Percaya x??Ikut la nak percaya ke x kan...itu hak masing-masing...tapi bagi aku..Itulah hakikatnya....

Kehidupan yang aku lalui adakalanya membuatkan aku sedih dan kecewa. Tetapi bagiku kesedihan dan kekecewaan adalah umpama gula kepada kopi yang pekat. Setiap kali aku kecewa dan bersedih, aku akan bangkit dengan cara baru. Kadangkala ada kekecewaan yang hampir meruntuhkan harapan aku. Ini kerana aku pernah gagal berkali-kali dan menerima pelbagai kata-kata yg merendah-rendahkan tahap aku. Tapi, aku akan ambil masa bersendirian dan mencari dimana kesilapan yang aku lakukan.Dan dengan cara itu aku akan mendapat jalan penyelesaian...Dulu aku pernah menangis dan kecewa sbb semua rakan-rakan lain berjaya melangkah kaki ke universiti dan pusat pengajian lain...tapi aku x berjaya...
Mcm-macam juga la aku dgr drpd sedara mara cakap aku ni xmcm anak-anak ........ bla...bla...Sampai xlrat nk dgr...bila org tnya aku duk blaja mna..aku ckp form 6..dorg pandang enteng ja pd form6 ni...tp xpa...aku x kisah!!suka hati la korang nk ckp apa pn..aku yg nk berjaya...jadi matlamat aku insyaallah STPM...Pokoknya..jgn berputus asa,,,teruskan mencuba..dan mencuba lagi sampai berjaya...Kecewa jangan lama-lama..Sedih juga jangan sampai habis air mata...Xguna kecewa saja tapi x ada tindakan untuk kita ubah kecewa tu kpd kegembiraan...aku pn nasihat untuk diri aku juga...Yakin pada diri,klu masih x boleh nk atasi..mengadu lah pada-Nya...Allah sentiasa mendengar rintihan hati orang-orang bertakwa...Insyaallah boleh..

Manusia merupakan makhluk Allah yang terbaik. Jika tidak, masakan para malaikat dan iblis diperintahkan sujud pada nabi Adam A.S. Oleh itu aku tidak pernah putus asa dari rahmat Allah. aku pasti, kehidupan ini umpama lautan yang luas. Ada pasang dan surutnya. Jadi sekiranya kita diberikan kemudahan oleh Allah, janganlah terlalu gembira dan sekiranya kita ditimpa musibah atau ujian dari Allah, janganlah terlalu bersedih. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tak mampu ditanggung oleh hambanya.
Akhir Kalam....
Renunglah terjemahan  ini...
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg palingtinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

Tuesday, May 24, 2011

Penting ke Disiplin???

Ok lah..harini topik aku...macam yang tertera kt atas tu lah..Macam mana hendak jadi pelajar yg boleh disiplinkan diri..Macam 'skema' je kan??Aku pun tak da la disiplin sangat...jadi aku tulis ni untuk sedarkan diri aku la..Banyak kata-kata yang kita dapat dengar Apabila seseorang itu berdisiplin dia akan berjaya....Betul la kan??Hendak berdisiplin ni tak susah pun..Selagi kita tak cuba ubah sikap kita yg tak baik..selagi tu lah kita tak akan berubah...dan duk berperangai macam tu lah sampai ke tua pun...(Heh..tua pn x berdisiplin??)..Harap-harap tak la kan?Okey..mari kita mulakan...Disiplin ni ada banyak jenis...Disiplin Diri,Pemakaian,Kerja,Belajar,Amalan...macam-macam lagi lah..boleh cari sendiri ye?hehe.. Tapi aku nak skop kan sikit...Disiplin Diri tak kira la kt skolah ke,rumah ke,tempat kerja...semua pn kena berdisiplin...Sebelum kita bincang dengan lebih panjang lebar...Kena la tahu maknanya dulu....


Apa itu Disiplin??
Disiplin adalah memberi tumpuan sepenuhnya ke atas sesuatu tugas sehingga ia selesai dikerjakan dengan sempurna


CARA-CARA UNTUK JADI LEBIH BERDISIPLIN ::


  1. Jaga Hubungan Dengan Allah S.W.T DAN Rasulullah S.A.W
  2. Hormat ibu bapa,guru-guru,orang yg lebih tua,dan rakan-rakan  seperjuangan...itu penting untuk diri kita..
  3. Cuba mencari kawan yang tidak melakukan masalah disiplin...Jika ada...jgn kita trus jauhkan diri drpd rakan-rakan yg sering melakukan masalah...Itu sangat tidak baik...Kita perlu menegur dan membimbing dirinya supaya sedar dengan kesalahan dirinya agar dia boleh berubah.Jangan terus menjauhkan diri..ye...?Kita nak semua sama-sama berjaya..
  4. Fikirkan sesuatu sebelum melakukan perkara yang kita hendak lakukan sama ada perkara itu penting atau tidak...
  5. Buat pertimbangan tentang apa faedah yang diri sendiri dapat jika buat sesuatu benda..(klu menonton tu...tgk la kita dpt faedah ke x-walaupun crita drama klu berfaedah dan dpt bg pengajaran..tgk la..ye...)
  6. Buat sesuatu perkara cuba fikirkan benda itu mampu meningkatkan tahap sahsiah diri kita atau x...klu xda apa-apa makna...segera tinggalkan.
  7. "Homework" yang cikgu-cikgu bagi..tu..takkan nak simpan sampai habis exam bru nak buat??Sangat tidak bagus..Siapkan dengan segera...THE MOST IMPORTANT...JANGAN BERTANGGUH OK..
  8. Sentiasa membantu guru-guru dan rakan-rakan..
  9. Belajar untuk mematuhi peraturan sekolah,dalam kelas,asrama dll..(contohnya,,,telefon bimbit,xboleh bawa pergi ke sekolah masa persekolahan kn??ikutlahh..jangan jadi pelajar yg degil..cikgu cakap x boleh bawak,dilarang...Dengar,ikut,akur,la dgn arahan tuu...nanti xberkat ilmu...lagipun nak buat apa bawa pegi sekolah?klu canggih sekalipun balik rumah nanti panggil kwn2 dtg umah..ha...main la 'hp' tu puas-puas okeh?jangan tidur!!)
  10. Belajar mengendali masalah-masalah yang dihadapi,tak kira la dgn sesiapa pun...Kalau boleh rujuk ibu bapa...mintak la pendapat mereka,klu rasa guru-guru dan kawan-kawan boleh membantu...haaa...rujuklah mereka..
  11. Ha..tu saja la kot yang saya dapat bagi...Kalau ada lagi nanti lain hari pulak saya tuliskan ok..(lenguh dah ni... )


Harap maaf...kalau ada salah dan silap saya tentang 10 perkara tadi...tegurlah ye....sy pn tgh mencuba mengikut 10 langkah ni..(x semua org PERFECT kn??).banyak lagi sebenarnya...Cuma tak terfikir dek akal saya...Ilmu itu cahaya...rebutlah peluang untuk menimba ilmu sebanyak yang mungkin kerana kita langsung tidak akan rugi...


SELAMAT BERAMAL!! =)

Monday, May 23, 2011

Ada Hikmahnya,,,,,

Salam semuanya...emmm..tajuk harini agak berhikmah la.....sebabnya ia berkaitan dengan aku juga... Pengalaman yg aku hadapi banyak mengajar aku tentang hikmah sesuatu perkara...Setiap sesuatu yang kita cuba rancang...tetapi tidak menjadi....pasti ada hikmahnya...Mungkin ALLAH mahu menguji kita @ ALLAH menjanjikan sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita rancangkan...kita tidak tahu...Manusia hanya boleh merancang...Yang menentukan segala-galanya hanya Allah yang Esa... Mula-mula tu rasa  sedih la juga bila aku tidak dapat apa yang slama ni aku harapkan...tapi lama-lama tu ok ja..sebab mak ayah aku cuba nasihat aku,,lebih kurang macam ni la..,,kakak: jangan rasa kecewa atau sedih bila  tak dapat..tu maknanya Allah nak bagi yang lebih baik untuk kakak...dan ADA HIKMAHNYA disebalik sesuatu....ni ujian Allah..tahap mana kita boleh sabar...Aku terfikir juga dulu ujian lagi berat masa aku kehilangan abg yang paling aku sayang....jadi takkan ujian macam ni pun aku tak boleh atasi????Kawan-kawan pun banyak  yang bagi nasihat...semua cakap pasti ada hikmah...Qada' dan Qadar Allah kn...Jadi Insyaallah...dengan semangat yang baru..aku tak nak lagi dah berharap pd sesuatu tu...aku cuma nak usaha untuk bnda yang sudah ada di depan mata aku...
Menyesal la buat lebih kurang ja exam kali ni....Tapi Sesal dahulu pendapatan Sesal kemudian tak berguna...Jgn Berharap pd bnda yg belum pasti..Usaha apa yang dah ada depan mata...Jadikan pengajaran dalam hidup...okeh! Lps ni  nk kna fokus btl2 la..STPM peluang terakhir... kepada rakan-rakan yg senasib dengan saya...jangan berputus asa...dan kepada semua RAKAN-RAKAN PRA-U SMKA(P),KITA SEMUA BOLEH,KITA SEMUA TERBAIK!INSYAALLAH...

Wednesday, May 18, 2011

Apa itu BANDAR SELAMAT???

Assalamualaikum semua....
Kawan-kawan...harini kita bincang tentang Konsep Bandar Selamat plak...
Tahukah Apa itu Bandar Selamat...??(klu yg dh tahu tu...blh kongsi lah kt sini ye????).
di sini sy nk kongsi sedikit sebanyak tentang Konsep Bandar Selamat ni...

Bandar Selamat ini adalah perancangan yg terdapat dalam NKRA (National Key Result Area)
Bandar Selamat ini ditubuhkan untuk mengurangkan kadar jenayah yang terdapat di bandar-bandar besar...
Sebagai contoh,

Berdasarkan laporan akhbar 2004,Kadar jenayah di Kuala Lumpur terutama jenayah ragut telah meningkat dan menyumbang kepada 18% daripada indeks jenayah.Oleh itu sebagai langkah untuk mengatasi kadar jenayah yg semakin meningkat ini,Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 Januari 2004 telah mencadangkan agar diwujudkan bandar dan pekan yg selamat dengan mewujudkan Program Bandar Selamat.Hal ini juga adalah untuk mengelakkan kawasan-kawasan lorong sunyi,gelap dan lain2 menjadi 'sarang' kepada kegiatan jenayah.
Oleh itu,Kerajaan telah memberikan tanggungjawab ini kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia untuk menggubal Program Bandar Selamat.

Terdapat empat konsep utama Bandar Selamat :
  • Bandar yg bebas daripada keganasan seperti curi,ragut,pecah rumah,dan sebagainya yg boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan trauma serta kerosakan harta benda dan sosial.
  • Bandar yg bebas dari bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.
  • Bandar yg bebas dari kemerosotan sosial dan moral seperti penagihan dadah,jenayah kolar putih,rasuah,salah guna kuasa,integriti dan kerosakan moral.
  • Bandar yg bebas daripada segala jenis kemalangan dalam dan luar bangunan seperti kebakaran dan kemalangan jalan raya.


Persekitaran Bandar Selamat-Kosmo! (18Mei2011)


Strategi  Program Bandar Selamat.
  1. Merekabentuk persekitaran fizikal yg berkesan serta sesuai bagi mengelakkan kegiatan jenayah.
  2. Memperkasakan kawasan sasaran dengan memastikan kemudahan dan kawasan awam dilindungi daripada kecurian dan vendalisme.
  3. Pengurusan penyertaan komuniti dan kesedaran org awam melalui kegiatan sosial atau kemasyarakatan ,pemasangan lampu di luar rumah pada waktu malam dan tingkatkan rondaan di kawasan perumahan. 


(sumber rujukan:Berita Harian 2010)

Mungkin ada yg ckp buat apa bincang pasal konsep bandar selamat ni kn???Sebenarnya tujuan sy bincang psl tajuk ni adalah utk DIAMBIL PERHATIAN bagi student yg ambil STPM 2011 mcm sy ni....
Carilah maklumat tentang BANDAR SELAMAT ni (klu nk SelamaT lah.....)     =)
Maaflah seandainya saya ada kesilapan ketika menaip ni.....maklumat sy bg ni kurang cukup lagi...klu ada yg tahu maklumat yg berkaitan boleh kongsi...ok?

*PENTING!!
*tajuk-tajuk lain ada juga tp hari lain pulak ye????
~SEMOGA KAWAN2 BERJAYA DLM PEPERIKSAAN STPM  2011~


Monday, May 16, 2011

~Happy Teacher's Day @ Selamat Hari Guru !!

Hari ni adalah hari yg paling  bermakna buat semua guru yg ada di seluruh dunia....
Hari yang paling istimewa ini diadakan bertujuan utk mengingati jasa guru-guru yg telah byk mendidik kita...
mengajar kita sejak kita masih belum mengenali ABC dan 123 sehinggalah kita sudah berjaya menjadi seseorang yg terkenal ataupun berjaya pada masa ini...Oleh itu,Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat kedua Ibu bapa saya,PN NORIAH BT JUSOH & EN.KAMARUDIN B ISMAIL yang juga merupakan pendidik saya yg paling utama dan paling sy sayangi...seterusnya buat PARA GURU SEK.REN.KEB.PAYA yang telah mendidik sy sejak dari darjah 1 sehinggalah darjah 6,PARA GURU SEK.MEN.KEB.AGAMA (P) KANGAR...Segala jasa cikgu semua akan saya kenang sampai bila-bila...Tanpa dorongan guru-guru sekalian,saya akan menjadi seorang yg buta huruf....tidak kenal erti kehidupan dan tidak tahu ragam kehidupan....Oleh sebab mendapat bimbingan dr cikgu-cikgu sekalian,sy sudah berjaya sampai ke tahap ini....Dan insyaallah saya juga turut berhasrat dan mempunyai cita-cita untuk menjadi pendidik bagi meneruskan penyampaian ilmu yg telah cikgu-cikgu berikan kpd saya..utk disampaikan pula kpd generasi akan datang...Insyaallah...Guru adalah seorang insan yg sgt mulia,ini tidak bermakna pekerjaan lain tidak mulia...Semua pekerjaan yg baik dikira mulia tetapi guru lebih utama kerana ilmu yg mereka sampaikan kepada masyarakat akan tetap diguna pakai walaupun beliau telah tiada meninggalkan kita....Selagi ilmu yg bermanfaat itu digunakan.selagi itulah al-mu'alim@al-mu'alimah akan beroleh pahala....Bak kata bait-bait sajak yg terdapat dlm SAJAK GURU OH GURU oleh Usman Awang :

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


oleh itu..renungilah...betapa besarnya jasa guru...hormatilah guru kerana mereka merupakan pewaris nabi yang bertanggungjawab menyampaikan ilmu kpd kita....Tidak perlu berdendam dgn insan yg mulia ini sekiranya mereka pernah menegur,menasihati atau memarahi kita...kerana mereka inginkan yg terbaik buat anak-anak didikan mereka.....Akhir kalam.....MAAFKAN SEGALA SALAH DAN SILAP SY YA BUAT CIKGU2 YG PERNAH MENDIDIK SY YG DEGIL INI....
SELAMAT HARI GURU !!JASA CIKGU TAK TERBALAS OLEH KAMI......

Saturday, May 14, 2011

...salam buat semua teman2...

SALAM semuanya....
...saya dh  ada blog!!akhirnya setelah memikirkan nama yg sesuai....hehe..
kpd kawan2 yg tgk blog ni...jgn gelak taw..nmpak cam xberapa nk "matured"
yela...gambar pn apa ja kan...tp aku suka dgn bnda2 mcmni..nk wt mcm na..
lain org,lain ragam la (cewah..msuk pepatah pulak...)
reason aku wt blog ni sgt mudah...selain aku nk wt diari aku,aku nk jgk tmbah ilmu pengetahuan..
blog ni byk faedah dan byk jgkla buruknya...(cuba elakkanlah dari buat tabiat buruk tu ye..)
org ckp ad blog byk buang masa,tp xknla 24 jam asyik tgk blog sndiri je kn..
bg aku..slagi kita tahu urus masa ok ja nk wt apa pn...
ok,lah apa2 pn kpd semua kwn2 yg EXAM PAPER B.ARAB,DO THE BEST!
(..aku pn bru nk hafal karangan..kwn2 yg lain msti dh byk dh hafal...)
...setakat ni je dlu kot...jmpa lg....utk next topik yaw....
~salam~