Monday, May 16, 2011

~Happy Teacher's Day @ Selamat Hari Guru !!

Hari ni adalah hari yg paling  bermakna buat semua guru yg ada di seluruh dunia....
Hari yang paling istimewa ini diadakan bertujuan utk mengingati jasa guru-guru yg telah byk mendidik kita...
mengajar kita sejak kita masih belum mengenali ABC dan 123 sehinggalah kita sudah berjaya menjadi seseorang yg terkenal ataupun berjaya pada masa ini...Oleh itu,Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU buat kedua Ibu bapa saya,PN NORIAH BT JUSOH & EN.KAMARUDIN B ISMAIL yang juga merupakan pendidik saya yg paling utama dan paling sy sayangi...seterusnya buat PARA GURU SEK.REN.KEB.PAYA yang telah mendidik sy sejak dari darjah 1 sehinggalah darjah 6,PARA GURU SEK.MEN.KEB.AGAMA (P) KANGAR...Segala jasa cikgu semua akan saya kenang sampai bila-bila...Tanpa dorongan guru-guru sekalian,saya akan menjadi seorang yg buta huruf....tidak kenal erti kehidupan dan tidak tahu ragam kehidupan....Oleh sebab mendapat bimbingan dr cikgu-cikgu sekalian,sy sudah berjaya sampai ke tahap ini....Dan insyaallah saya juga turut berhasrat dan mempunyai cita-cita untuk menjadi pendidik bagi meneruskan penyampaian ilmu yg telah cikgu-cikgu berikan kpd saya..utk disampaikan pula kpd generasi akan datang...Insyaallah...Guru adalah seorang insan yg sgt mulia,ini tidak bermakna pekerjaan lain tidak mulia...Semua pekerjaan yg baik dikira mulia tetapi guru lebih utama kerana ilmu yg mereka sampaikan kepada masyarakat akan tetap diguna pakai walaupun beliau telah tiada meninggalkan kita....Selagi ilmu yg bermanfaat itu digunakan.selagi itulah al-mu'alim@al-mu'alimah akan beroleh pahala....Bak kata bait-bait sajak yg terdapat dlm SAJAK GURU OH GURU oleh Usman Awang :

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.


oleh itu..renungilah...betapa besarnya jasa guru...hormatilah guru kerana mereka merupakan pewaris nabi yang bertanggungjawab menyampaikan ilmu kpd kita....Tidak perlu berdendam dgn insan yg mulia ini sekiranya mereka pernah menegur,menasihati atau memarahi kita...kerana mereka inginkan yg terbaik buat anak-anak didikan mereka.....Akhir kalam.....MAAFKAN SEGALA SALAH DAN SILAP SY YA BUAT CIKGU2 YG PERNAH MENDIDIK SY YG DEGIL INI....
SELAMAT HARI GURU !!JASA CIKGU TAK TERBALAS OLEH KAMI......

2 comments:

athirah

anda bakal guru jugak an ?? hehe

NadyaHyun92

insyaallah....anda juga....

Post a Comment