Wednesday, May 25, 2011

Duka,Sedih dan Kecewa Pengubat Kegembiraan??

Salam semuanya...begitulah agaknya topik hari ni...dan ini juga boleh jadi kata-kata semangat utk org-org yg mcm aku nieh..(ayat pasrah agaknya..)Hari ini aku pun tak tahu apa sebenarnya salah silap aku...Aku tak tahu la sama ada pernah ada perbuatan aku yang menyakiti hati orang lain..dan orang x suka dan x senang dengan sikap aku...Oleh itu,di sini..saya Nurul Nadia Bt Kamarudin dengan merendah diri memohon maaf sekiranya saya ada melakukan perbuatan yang tidak menyenangkan atau menyakitkan hati sesiapa sahaja...paling penting...sahabat-sahabat saya di sekolah la..maafkan saya k..kadang-kadang saya pun x sedar kalau saya ni dah buat salah...kalau boleh,waktu saya dh buat salah tolong tegur la..sy x kn marah pn..sbb mmg slh sy...ok??Baiklah...sekarang bukan nak bincang pasal ni..aku nak bincang tentang kekecewaan,sedih,dan duka...Semua orang pun pernah hadapi semua ni kan??Macam aku ni...dh mcm2 peristiwa aku lalui...untuk bangun daripada kekecewaan,dan kesedihan tu..aku akan buat macam-macam cara...Tipu la kalau orang cakap dia x pernah sedih dan x pernah menangis kn?? Sebenarnya...Kegagalan,kekecewaan,kesedihan tu pengubat kepada kegembiraan...Percaya x??Ikut la nak percaya ke x kan...itu hak masing-masing...tapi bagi aku..Itulah hakikatnya....

Kehidupan yang aku lalui adakalanya membuatkan aku sedih dan kecewa. Tetapi bagiku kesedihan dan kekecewaan adalah umpama gula kepada kopi yang pekat. Setiap kali aku kecewa dan bersedih, aku akan bangkit dengan cara baru. Kadangkala ada kekecewaan yang hampir meruntuhkan harapan aku. Ini kerana aku pernah gagal berkali-kali dan menerima pelbagai kata-kata yg merendah-rendahkan tahap aku. Tapi, aku akan ambil masa bersendirian dan mencari dimana kesilapan yang aku lakukan.Dan dengan cara itu aku akan mendapat jalan penyelesaian...Dulu aku pernah menangis dan kecewa sbb semua rakan-rakan lain berjaya melangkah kaki ke universiti dan pusat pengajian lain...tapi aku x berjaya...
Mcm-macam juga la aku dgr drpd sedara mara cakap aku ni xmcm anak-anak ........ bla...bla...Sampai xlrat nk dgr...bila org tnya aku duk blaja mna..aku ckp form 6..dorg pandang enteng ja pd form6 ni...tp xpa...aku x kisah!!suka hati la korang nk ckp apa pn..aku yg nk berjaya...jadi matlamat aku insyaallah STPM...Pokoknya..jgn berputus asa,,,teruskan mencuba..dan mencuba lagi sampai berjaya...Kecewa jangan lama-lama..Sedih juga jangan sampai habis air mata...Xguna kecewa saja tapi x ada tindakan untuk kita ubah kecewa tu kpd kegembiraan...aku pn nasihat untuk diri aku juga...Yakin pada diri,klu masih x boleh nk atasi..mengadu lah pada-Nya...Allah sentiasa mendengar rintihan hati orang-orang bertakwa...Insyaallah boleh..

Manusia merupakan makhluk Allah yang terbaik. Jika tidak, masakan para malaikat dan iblis diperintahkan sujud pada nabi Adam A.S. Oleh itu aku tidak pernah putus asa dari rahmat Allah. aku pasti, kehidupan ini umpama lautan yang luas. Ada pasang dan surutnya. Jadi sekiranya kita diberikan kemudahan oleh Allah, janganlah terlalu gembira dan sekiranya kita ditimpa musibah atau ujian dari Allah, janganlah terlalu bersedih. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hambanya dengan ujian yang tak mampu ditanggung oleh hambanya.
Akhir Kalam....
Renunglah terjemahan  ini...
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg palingtinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."

0 comments:

Post a Comment