Pentas dihiaskan dengan pelbagai hiasan yang sangat menarik....Majlis dimulakan apabila para guru diiringi masuk ke dewan.Pengetua,Datin Hjh Ramlah Bt Sudin merasmikan majlis dengan acara menggunting reben sebagai simbol perasmian...Para guru diiringi masuk ke dewan Az-zahra oleh Para pelajar daripada Majlis Kepimpinan Pelajar..Para guru dan pelajar mengambil tempat.
Kemudian majlis diteruskan lagi dengan acara nyanyian Lagu Kebangsaan,Lagu Negeri dan Lagu Sekolah sebagai penghormatan..Majlis diserikan lagi dengan ucapan-ucapan oleh para guru dan ketua pelajar.....Kemudian para guru menyanyikan Lagu Tema Hari Guru dan Lagu Guru Menjana Tranformasi Pendidikan...
nyanyi cikgu....la...la...la...~
Kemudian AJK-AJK aktiviti bersiap sedia untuk menyediakan segala barang yang akan digunakan bagi akativiti sukaneka..Pelbagai aktiviti yang dipertandingkan..antaranya..Congkak,Batu Seremban,Cari Gula-Gula dalam garam,Kerusi Muzik,Membuat Kerabu,Membuat kuih Siput,Bola kena palu,kukur kelapa dll...Aktiviti-aktiviti ini disertai oleh para guru dan pelajar...
Para guru mengambil tempat bagi setiap aktiviti yang telah dipilih oleh mereka..Acara dimulakan pada pukul 10lbh...Acara-acara yang dipertandingkan mendapat sambutan oleh para guru....Masing-masing menyempurnakan aktiviti dengan bersungguh-sungguh untuk merangkul gelaran Juara... Tahniah diucapkan kepada para guru yang berjaya mendapat hadiah...dan tahniah kerana para guru telah berjaya menghabiskan semua permainan dengan jayanya,,,
wow...bukan main lagi cikgu-cikgu saya ni...semua hebat-hebat...
Cikgu Syed cepat sepak bola tu..kasi gol ya ! hehe~(Acara Bola Kena Palu)
Acara Cari gula-gula dalam garam
Acara Kerusi Muzik Antara Guru dan Pelajar
Acara seterusnya ialah acara pentas...Acara ini terdiri daripada persembahan para pelajar dan juga guru..Antaranya..pantun antara guru dengan pelajar...Persembahan para pelajar pula ialah 'choral speaking',pantung,dikir barat,sajak dan persembahan multimedia yang sangat menarik dan menyentuh perasaan para guru dan pelajar...
Alhamdulillah kerana semua Ajk telah berjaya menjalankan tugas dengan amat baik....Terutama MKP dan Para pelajar Pra-Universiti...Tahniah diucapkan...walaupun keletihan namun masih tetap dapat memberikan kerjasama dengan baik dan sempurna....
Semoga Cikgu-cikgu sentiasa dirahmati Allah dan sentiasa mendapat keredhaan Allah S.W.T..
Terima Kasih Cikgu!! Jasamu akan selalu kami kenang sehingga ke akhir hayat...
`Sekian~







0 comments:
Post a Comment