Kawan-kawan...harini kita bincang tentang Konsep Bandar Selamat plak...
Tahukah Apa itu Bandar Selamat...??(klu yg dh tahu tu...blh kongsi lah kt sini ye????).
di sini sy nk kongsi sedikit sebanyak tentang Konsep Bandar Selamat ni...
Bandar Selamat ini adalah perancangan yg terdapat dalam NKRA (National Key Result Area)
Bandar Selamat ini ditubuhkan untuk mengurangkan kadar jenayah yang terdapat di bandar-bandar besar...
Sebagai contoh,
Berdasarkan laporan akhbar 2004,Kadar jenayah di Kuala Lumpur terutama jenayah ragut telah meningkat dan menyumbang kepada 18% daripada indeks jenayah.Oleh itu sebagai langkah untuk mengatasi kadar jenayah yg semakin meningkat ini,Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 Januari 2004 telah mencadangkan agar diwujudkan bandar dan pekan yg selamat dengan mewujudkan Program Bandar Selamat.Hal ini juga adalah untuk mengelakkan kawasan-kawasan lorong sunyi,gelap dan lain2 menjadi 'sarang' kepada kegiatan jenayah.
Oleh itu,Kerajaan telah memberikan tanggungjawab ini kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia untuk menggubal Program Bandar Selamat.
Terdapat empat konsep utama Bandar Selamat :
- Bandar yg bebas daripada keganasan seperti curi,ragut,pecah rumah,dan sebagainya yg boleh menyebabkan kehilangan nyawa dan trauma serta kerosakan harta benda dan sosial.
- Bandar yg bebas dari bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh.
- Bandar yg bebas dari kemerosotan sosial dan moral seperti penagihan dadah,jenayah kolar putih,rasuah,salah guna kuasa,integriti dan kerosakan moral.
- Bandar yg bebas daripada segala jenis kemalangan dalam dan luar bangunan seperti kebakaran dan kemalangan jalan raya.
Persekitaran Bandar Selamat-Kosmo! (18Mei2011)
Strategi Program Bandar Selamat.
- Merekabentuk persekitaran fizikal yg berkesan serta sesuai bagi mengelakkan kegiatan jenayah.
- Memperkasakan kawasan sasaran dengan memastikan kemudahan dan kawasan awam dilindungi daripada kecurian dan vendalisme.
- Pengurusan penyertaan komuniti dan kesedaran org awam melalui kegiatan sosial atau kemasyarakatan ,pemasangan lampu di luar rumah pada waktu malam dan tingkatkan rondaan di kawasan perumahan.
(sumber rujukan:Berita Harian 2010)
Mungkin ada yg ckp buat apa bincang pasal konsep bandar selamat ni kn???Sebenarnya tujuan sy bincang psl tajuk ni adalah utk DIAMBIL PERHATIAN bagi student yg ambil STPM 2011 mcm sy ni....
Carilah maklumat tentang BANDAR SELAMAT ni (klu nk SelamaT lah.....) =)
Maaflah seandainya saya ada kesilapan ketika menaip ni.....maklumat sy bg ni kurang cukup lagi...klu ada yg tahu maklumat yg berkaitan boleh kongsi...ok?
*PENTING!!
*tajuk-tajuk lain ada juga tp hari lain pulak ye????
~SEMOGA KAWAN2 BERJAYA DLM PEPERIKSAAN STPM 2011~



0 comments:
Post a Comment