Friday, August 12, 2011

SEJARAH 2 (ASIA)


Hubungan Inggeris,Siam dan Negeri-negeri Melayu Utara 1897-1909

Sebab-sebab Inggeris berminat menjalin hubungan persahabatan dengan Siam pada akhir abad ke 19
1. Negeri-negeri Melayu Utara terdiri daripada Kedah, Perlis,Kelantan dan Terengganu.

2. Negeri-negeri ini sebenarnya di bawah naungan Siam.

3. Bagaimanapun Inggeris berminat dengan NNMU kerana terdapat sumber :
• Mineral dan getah
• Boleh dijadikan pusat pemasaran barangan kilang Inggeris

4. Dalam masa yg sama Inggeris bimbang dengan kuasa-kuasa Barat yg lain seperti Perancis, Jerman, Rusia, dan Amerika Syarikat

5. Kebimbangan ini dapat dilihat daripada sikap Perancis yg telah Berjaya menduduki China dan cuba meluaskan pengaruhnya ke Siam dan NNMU. Keadaan ini menjadi bertambah genting apabila ada cadangan untuk membina Terusan Kra. Keadaan ini sudah tentu boleh menjejaskan perdagangan Inggeris yang melalui Selat Melaka dan Singapura.

6. Sementara Jerman pula cuba mendapatkan Langkawi untuk dijadikan pangkalan tentera laut di Asia Tenggara

7. Rusia cuba untuk mendapatkan Ujung Salang (Pulau Phuket) untuk dijadikan pangkalan arang batu.

8. Terengganu menjadi perhatian Amerika Syarikat untuk mendapatkan konsesi di sana.

9. Kebimbangan Inggeris terhadap kuasa Barat inilah yang mendorong ke arah 
termeterainya beberapa perjanjian bagi memastikan kepentingan mereka terjamin

Pengisytiharaan Inggeris Perancis – Januari 1896


1. Tujuan Inggeris membuat perjanjian dengan Perancis ialah bagi menyekat kemaraan Perancis ke Siam dan dengan ini Siam kekal sebagai Negara penampan bagi mengelakkan pertembungan kuasa Inggeris di India dan Perancis di Indocina.

2. Kedua-dua belah pihak bersetuju mengekalkan kemerdekaan Menam Chao Phrya.

Perjanjian Sulit Inggeris-Siam 6 April 1897


1. Siam bersetuju tdk akan menyerahkan sebarang wilayah ke Selatan garis lintang 11darjah utara kpd kuasa lain tanpa kebenaran Inggeris. Sebagai balasan Inggeris akan membantu Siam jika wilayah tersebut diserang


Perjanjian Sempadan 1899


1. Dalam perjanjian ini Inggeris dan Siam mengakui Reman di bawah wilayah Siam dan
Kedah, Kelantan, serta Terengganu adalah jajahan takluk Siam.

2. Sebenarnya perjanjian ini telah menyelesaikan masalah sempadan antara Perak
(Inggeris) dan Reman (Siam)


Pengisytiharaan Inggeris Siam 6.8.1902


sebab-sebab pengisytiharaan Siam

1. Kebimbangan Inggeris terhadap kuasa-kuasa asing spt yg dibincangkan di atas.

2. Peristiwa ini tercetus apabila seorang saudagar Inggeris iaitu R.W. Duff yg telah memajak tanah seluas 2000 batu persegi drp sultan Kelantan. Pemajakan ini dibantah oleh Siam kerana tidak meminta keizinan daripada pemerintah Siam . Duff yang berada dalam keadaan delima meminta bantuan Inggeris dan menggugut akan mendapatkan bantuan drp Perancis atau Jerman sekirannya enggan membantu. Oleh itu Frank Swettenham mendesak Siam supaya mengesahkan permintaan R.W.Duff.

3. Tindakan Siam mengukuhkan kuasa di NNMU mencetuskan rusuhan terutamanya Petani dan Kelantan yg anti Siam. Apabila Raja Abdul Kadir dari petani dipenjarakan, Sultan Mahmud IV dari Kelantan berasa bimbang akan kedudukannya. Baginda akan meminta bantuan kuasa Eropah yg lain sekirannya Inggeris enggan membantu

4. Frank Swettenham iaitu Gabenor NS dan PJT NNMB berjanji akan mempengaruhi Kerajaan Britain utk mengubah dasarnya ke atas NNMU. Menurutnya Siam tdk berupaya menguruskan NNMU dan kemungkinan meminta bantuan kuasa Eropah yg lain. Bagi memastikan kepentingan Inggeris terjamin perlu negeri-negeri tersebut dilindungi agar tdk jatuh ke tangan kuasa Eropah yg lain

5. Frank juga tlh menguggut kpd Siam iaitu sekiranya Siam enggan berunding dgnnya, Inggeris akan mengiktiraf Kelantan dan Terengganu sebagai negeri bebas.

6. Ugutan tersebut telah membawa kpd pengisytiharaan Inggeris Siam 1902
Syarat-syarat perjanjian :

 Hubungan luar kelantan dan Terengganu diawasi oleh Siam
§
 Penasihat berbangsa Inggeris dilantik oleh Siam keatas negeri Kelantan dan
§
Terengganu
 Kelantan dan Terengganu tdk boleh serahkan konsesi kpd kuasa asing tanpa izin
§ 
Siam
 Siam berhak menerima 10% drp pendapatan NNMU yg melebihi SP$100 000.
§

Perjanjian Bangkok

1. Pakatan kerjasama antara Inggeris dan Perancis pada tahun 1904 telah berjaya menamatkan perluasan kuasa dan pengaruh Perancis di NNMU.

2. Pakatan ini membawa kesan negatif kpd Siam kerana British enggan membantu Siam ketika Perancis menyerang dan merampas wilayah Siam. Ini bermakna British tdk mematuhi isi perjanjian Sulit British Siam yg ditandatangani pada 1897. Siam ingin membatalkan perjanjian 1897 tetapi sedar British tdk akan sewenang-wenangnya menghapuskan perjanjian tersebut.

3. Sebanyak 10 rundingan tlh dijalankan antara Siam dan British dan pada 9 Julai 1909, Perjanjian Bangkok tlh ditandatagani

Syarat-syarat Perjanjian Bangkok 9 Julai 1909


 Siam bersetuju menyerahkan Kedah,Perlis Kelantan dan Terengganu kepada Kerajaan
British
 Perjanjian Sulit British Siam 1897 dibatalkan
 British menyerahkan kembali hak wilayah asingan kepada Siam.
 Siam bersetuju tdk akan menyerahkan mana-mana kawasan kpd sebarang kuasa asing
tanpa kebenaran British. Siam juga tdk akan membenarkan kuasa asing membina
terusan di Segenting Kra.

 British tdk akan campur tangan dalam hal ehwal tanah jajahan Siam.

6. Pada 1930 semua negeri di T.Melayu tlh menerima penasihat dan residen Inggeris
dan pada masa yang sama hubungan NNM dgn Siam terputus sama sekali.

Tuesday, August 09, 2011

Hadis Palsu Mengenai Fadhilat Tarawih????????

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:


· Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).


· Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.


· Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.


· Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.


· Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.

· Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
· Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)


Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).


Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`
Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. 


Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. diantara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga.
 Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
 Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..


Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya 


firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.


Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.
4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.


Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W. 

Monday, August 08, 2011

KELEBIHAN BULAN RAMADHAN KARIM


Assalamualaikum sahabat2 dan muslimat sekalian...dh lama sy tidak "update" blog ni... rindu plak...tup2 kita dh masuk bulan yg penuh keampunan ni kn..bulan apa ya????? Bulan Ramadhan...pandai adik2 semua...(hehe..tringat rancangan kanak2 dlm tv tu)ok.lah dgn tidak membuang masa lagi saya nk berikan sedikit informasi tentang bulan Ramadhan...kawan2 bacalah ye... Semoga kita semua mendapat manfaat dan memperoleh ganjaran yg berlipat ganda dlm bulan barakah ini ye.... 


KELEBIHAN DAN CARA MENCAPAI KESEMPURNAAN PUASA

Kelebihan Bulan Ramadhan.
Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.
Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan kitab sucinya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan yang benar dengan yang salah." Surah Al-Baqarah : 185.
Di pilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatulqadar yang mana ia jauh lebih baik daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun.. Menurut ulama Lailatulqadar itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia diingatkan bahawa jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan dengan perkara-perkara tidak berfaedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.

Kelebihan Puasa di Bulan Ramadhan.
Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sambda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:
"Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunas (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup."
Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)

Menuju Kesempurnaan Ibadah Puasa
Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan batiniyah puasa itu, antara lain seperti berikut:
  • Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata ria'.
  • Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah s.w.t. telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud: "Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram."
    (Surah Al-Maidah:42)
  • Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram.
  • Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci Allah s.w.t. daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.
SELAMAT BERAMAL !! =)
SYUKRAN BAGI SESIAPA YG MEMBACANYA...
SEMOGA MENDAPAT MANFAAT...