Wednesday, June 08, 2011

Memperbaiki Kaedah Membaca??

Kaedah yang digunakan untuk memperbaiki kelemahan membaca ialah::
Kaedah SQ3R.

S-SURVEY
Q-QUESTION
R-READ
R-RECITE
R-REVIEW


  • SURVEY (Penyelidikan dan pemerhatian)

          Penyelidikan atau pemerhatian dilakukan sebagai langkah awal yang perlu  diambil sebelum memulakan pembacaan.Soalan-soalan seperti,berapa banyakkah daripada kandungan bahan bacaan itu dirumuskan dalam bentuk nota bagi tujuan menelaah,mengulang kaji dan menghafal,di mana bacaan berkenaan dirasakan dapat dijadikan nota kepada pelajar.Seseorang pelajar itu juga perlu mengenal pasti bahagian manakah yang patut diberikan perhatian yang lebih kerana tidak semua bahagian adalah penting.

  • QUESTION (Pertanyaan)
Apabila seseorang itu selesai pembacaan,cuba timbulkan soalan-soalan berkaitan dengan apa yang dibacanya.Gunakan soalan-soalan yang ringkas seperti siapa,apa,bila,di mana,mengapa bagi mengukur tahap kefahaman serta kemampuan pembacaan anda.


  • READ (Membaca)
Lakukan pembacaan pada bahagian yang anda pilih itu dengan berhati-hati dan teliti.Cari jawapan bagi setiap soalan yang ditimbulkan oleh anda tadi.Sekiranya perlu,anda boleh mencari jawapan lain selain daripada jawapan yang tersedia sekiranya diperlukan.Cuba lebihkan masa membaca bahan-bahan yang lebih penting dan kurangkan perhatian dan masa kepada bahan-bahan yang kuramg penting.


  • RECITE (Menyebut dengan kuat @ Menghafal)
Perhatikan kembali pada bahagian-bahagian yang anda dapat lakukan pembacaan tadi.Lihat sama ada anda dapat menghafal perkara-perkara yang penting dalam bahagian-bahagian bahan bacaan itu.Sekiranya anda masih sukar bagi mengingati perkara-perkara penting,anda perlu membaca semula fakta-fakta itu sehingga anda dapat meningatinya.Atau mungkin anda perlu membuat catatan ringkas supaya anda lebih mudah mengingati perkara penting itu.


  • REVIEW (Mengkaji semula)
Anda perlu mengulang kaji semula semua bahagian yang anda baca.Sekarang anda sudah menguji diri anda sendiri bagi setiap bahagian.Semasa proses mengulang kaji pembacaan,anda perlu menyebut fakta-fakta penting secara kuat bagi mengukuhkan lagi daya ingatan anda.Sekiranya anda mencatat nota bagi bahagian yang penting,ia memudahkan proses mengulang kaji anda pada masa akan datang.


(sumber:Smart Learning- Study Hard + Study Smart )

Sekian sahaja tips-tips yang dinyatakan di atas...
Selamat Membaca dan Maju Jaya !!!
SALAM~