Thursday, June 09, 2011

Dalam kenangan- Mohd Zul Hilmi B.Kamarudin-

Hari ini sudah genap 1 tahun pemergian abang yang paling aku sayang...aku panggil abgku itu dengan panggilan bg.mie..Aku sayang abg aku sgt2...dia mmg seorg abg yg baik...terlalu baik bg aku....susah nk cari abg seprtinya..dia merupakan anak ke-3 dalam adik beradik aku...kira aku rapat jugak la dgn dia..sebab dia lama sangat ada di rumah...lepas STPM bru dia berhijrah menjadi seorang anggota polis..salah satu sbb aku masuk form 6 pn...sbb aku nk ikut jejak langkah dia...aku nk ambik STPM gk..sama mcm abg aku tu...Aku ingat...ijazah pertama aku,aku nk tujukan khas utk kedua ibu bapa aku dan abg aku..


Pada tarikh 9 Jun 2010,pada waktu pagi abg aku telah membawa kami sekeluarga ke Tangkak,Johor....Pada masa itu adalah cuti sekolah jadi apabila abg aku tidak mendapat cuti...kami sekeluarga ke Johor untuk berjumpa dgnnya...terlalu rindu rasanya apabila sudah lama tidak berjumpa...kali terakhir abgku pulang ketika majlis perkahwinan kakakku pada bulan februari 2010.Ketika kami dalam perjalanan abgku sering bercerita tentang kisah hidupnya yg sgt nakal ketika zaman kanak-kanak dahulu...bergelak ketawa dengannya...sempat lagi dia mengusik aku...dia mmg suka mengusik aku sbb dia suka tgk aku buat muka msm..dr dulu lagi...mmg itulah hobinya...tetapi baru aku tahu segala usikannya meninggalkan kenangan yg sgt bermakna dalam hidup aku...kerana dia meninggalkan kenangan yg akan aku ingat sampai bila-bila..Jarang sekali dia ingin berbual tanpa henti ketika bersama-sama di dalam kereta..Selalunya,dia akan tidur bila naik kereta tetapi hari itu dia bercakap tanpa henti...semua perkara yang dia ceritakan semuanya masih terngiang-ngiang di cuping telingaku..terasa panas seperti baharu sahaja dia bercerita dgn kami sekeluarga...alangkah gembiranya dia apabila dia dapat bertemu dgn kami dan berbual dgn kami...aku perasan  juga sekali-sekala dia menoleh ke belakang tempat aku dan ibu aku duduk kerana dia duduk di tempat hadapan di dalam  kereta sebelah abahku..Pada mulanya kami singgah di Air Hitam...di situ kami cuma membeli beberapa brg shj..cuma satu barang yg aku ingat,abahku sudah lama ingin membeli dekorasi pasu air tu..kemudian abg aku berkata : Abah beli la..boleh letak ikan guppy dlm tu..Nanti mie balik mie nk tgk...kemudian abh aku membelinya...sempat lagi dia mengusik aku dgn adik-adikku dengan katak mainan...Kemudian aku membeli air kerana terlalu dahaga..abg aku meminta aku membeli jagung bakar utk adik lelaki aku..Aku nk bergurau aku cakap la : Bg.Mie duit byk belanja lah..xkn diknadia nk belanja...Kemudian dia cakap kt aku : Amboi,berkira dgn bg.Mie pn..lpsni bukan boleh belanja bg.mie dh...Aku cakap la..:: bg Mie ni duk buat ayat pasrah pulak...ya la ni duk bayar dh...diknadia belanja..Aku tidak menyangka bahawa kata-katanya itu mmg benar...Aku cuma menyangka itu gurauan darinya...rupa-rupanya mmg benar aku sudah tidak dapat belanjanya seprti dulu utk selamanya...Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Tangkak Johor...Seperti biasa di dalam kereta dia berbual tanpa henti dan tidak letih langsung...Mungkin kerana dia sudah merasakan bahawa lepas ini dia sudah tidak dapat melakukan seperti ini lagi...Apabila tiba di Tangkak,Johor...aku,mak dan adik perempuan ku seperti biasa pergi ke kedai kain la...orang lelaki bukan minat sgt...kn dekat Tangkak tu terkenal dengan kedai kain dan pasu-pasu bunga...yg cantik2 belaka...kemudian beli kami sekeluarga merancang utk menjadikan warna tema baju raya pada tahun itu iaitu warna Hitam...Abg aku ckp : Hitam semua la raya tahun ni sakan na...Bg.Mie pn nk warna hitam gk la.. mak aku bercadang utk membeli langsir buat rumah sewa abgku tetapi abgku berkata : xpyh la mak...nanti mie beli sendiri la klu nk letak..Kemudian kami pn merancang utk makan mi bandung Muar...sedap katanya...Sebelum itu kami singgah utk solat zohor dan asar di sebuah masjid...Kemudian abg aku berkata pada mak aku, : ish..dulu2 mmg mie ni nakal sgt...selalu kena marah dgn abah...mie mintak maaf la mie suka buat mak abah marah dulu...mie syg mak abah dgn adik beradik lain..Kami ke Muar kemudiannya dan singgah di sebuah gerai makan...aku pn rasa pelik jgk sbb abg aku jarang makan mi...dia lebih suka nasi..berbanding makanan2 berkuah ni..tetapi dia makan juga..mgkin kerana rasa seronok bila dapat makan bersama-sama dgn keluarga...Kemudian ketika di dalam kereta abgku mengadu bahawa dia sakit kepala,lalu mak aku memberikan minyak utk disapu di kepala...Kemudian mak aku bertanya :Macam mana,sakit lagi kepala..
Abg aku menjawab; xpa,dh ok dh... kami berasa lega mendengar jawapannya itu sedangkan kami tidak tahu..mungkin pada waktu itu rohnya sudah ditarik sedikit demi sedikit...Sebab kata orang,apabila kita hendak menghadapi sakaratul maut..kita kan berasa tersentap sedikit di bahagian ubun-ubun dan akan berasa pening sedikit..Abahku merancang utk ke Ayer Keroh Melaka tetapi kami terpaksa pulang kerana terlalu letih dan kebetulan pada malam itu abg aku terpaksa ke tempat kerjanya...bimbang juga jika lambat sampai ke tempat penginapan kami itu..Kemudian kami pn tiba di tempat penginapan dan abg aku pulang ke rumahnya dahulu utk solat maghrib..kemudian dia datang lagi ke tempat penginapan kami dan membawa adik lelaki aku ke pasar malam..aku memesan soto ayam kpd abgku...Kemudian setelah hampir sejam menunggu abg aku pn pulang...dia memberitahu bahawa soto x ada...dia beli ayam goreng ja..kami pn makan ayam goreng..dgn air asam boi..kemudian abg aku berkata kpd kami supaya pulang lewat sedikit...Abg aku cakap : Lepasni bukan bleh jumpa bg.mie dh...Aku mmg betul2 x sangka kata2 dia tu sbnrnya betul bukan bergurau...dia seolah2 mcm dh tahu yg dia xkn lama bersama keluarganya...dia akan pergi...Aku pn tanpa kata apa2 setuju utk pulang lebih lewat kerana dia ingin membawa aku dan keluargaku ke Johor Bahru pada keesokan harinya...dia ingin membawa aku ke New York Skin Care sbb dia cakap kesian tgk muka aku yg ada byk sgt mslh kulit ni...Kt johor ada la..kt perlis mana ada...Belum sempat aku ke sana...Abg aku kemudian solat isyak di tempat penginapan ku.. Setelah selesai,Kemudian adik aku menonton sebuah cerita melalui komputer riba...tetapi suara komputer itu kurang jelas...kemudian abg aku berkata dia ingin pulang ke rumah utk mengambil speaker supaya dpat dgr dgn jelas cerita tu...tetapi emak dan abahku berkata : xpayah la...nanti mie nk p kerja pulak..takut lambat...Tetapi abg aku tetap ingin mengambil speaker itu utk gembirakan hati adik2nya....dia mmg suka menggembirakan hati org lain walaupun dia terpaksa bersusah payah..itu lah sikapnya dr dulu lagi...semua orang-orang kampung kenal dgnnya disebabkan keramahan dirinya apabila berjumpa dgn org...dia seorang yang tidak sombong...sering menolong org dalam kesusahan...Emakku dan abahku berkata...hati2 la balik tu...jgn laju sgt bwk kereta..seperti biasa itulah pesan yg mereka selalu sebutkan sblm ke mana-mana...Aku dapat melihat ketika abg aku hendak keluar drpd bilik..ketika dia berada di pintu dia melihat kami sekeluarga dgn pandangan yg sgt lama...dia seperti sudah dapat petunjuk bahawa dia akan tinggalkan kami...Lama sangat dia memandang ke arah kami baharulah dia keluar dr hotel tempat penginapan kami utk pulang ke rumah dan kembali utk menghantar barang tersebut kemudian dia pula akan ke tempat kerja pd pukul 12 tghmlm,... aku sudah berasa tidak senang hati kerana terlalu lama abg aku keluar tetapi belum sampai ke hotel tempat kami menginap... rumahnya tidak jauh dr hotel tempat kami menginap.. Kemudian,terdapat satu panggilan telefon melalui telefon abahku lbh kurang pukul 11 lbh...nombor yg tertera seperti nombor publik..emak aku yang menjwab panggilan itu...kerana abahku sudah hampir melelapkan mata...hati aku sudah berasa seperti gelisah kerana aku dapat merasakn seperti ada sesuatu yg berlaku...rupa-rupanya panggilan td adalah drpd pihak hospital yg memklumkan bahawa abg aku terlibat dlm kemalangan...aku berasa sgt terkejut dan segera mnyiapkan diri utk ke hospital...dalam perjalanan ke hospital aku dapat melihat tempat kemalangan di mana sebuah kereta wira bewarna merah sama seperti kereta abg aku...aku sudah dpt mengagak bahawa  itu adalah tempat kemalangan abg aku..Apabila tiba di sana aku tidak putus2 berdoa supaya allah selamatkan abg aku...kemudian aku dpt melihat terlalu ramai anggota polis yg dtg..kemudian abh aku masuk ke dalam wad kecemasan..lama sgt...tiba2 abhku keluar dan memberitahu :
Kita terima la apa2 keputusan pn ya..Imi dh tinggalkan kita...Aku dgn serta merta terasa lemah tubuh badanku..aku sudah tidak dapat berdiri.Namun abhku memegang aku supaya xjatuh...dan meminta aku bersabar...Aku kemudian cuba kuatkan diri dan terima kenyataan bahawa abg aku sudah pergi tinggalkan aku..dan keluargaku...Aku kagum melihat emakku yg sgt kuat dan tabah...namun aku tahu detik hati seorang ibu...walaupun luaran nmpak kuat tetapi dlamannya hanya Allah yg tahu...Ketika pengecaman aku tidak masuk..cuma emak dan abahku sahaja...aku tidak kuat...kemudian aku dpt melihat abhku rebah setelah keluar drpd bilik pengecaman,,,emak aku berkata muka abg aku sgt bersih x da luka teruk pn...cuma tengkuk shj yg patah...dlm perjalanan pulang sambil mengikuti kereta jenazah aku x putus2 berdoa dan membaca al-fatihah utk abg aku...aku sedih nangis..sesiapa pn akan turut berasa hal yg sama sekiranya berada dalam situasi ini... sekian shj...semoga bg.mie ditempat dalam kalangan org2 yg beriman...kami sekeluarga sentiasa mendoakan kebahagiaan bg.mie di sana..dik nadia bangga ada abg mcm bg.mie..baik sgt2...kami semua sayang dan rindu bg .mie sgt...Insyaallah nanti kita berjumpa lagi di alam yg lain k... Bg.mie akan selalu ada dlm ingatan kami semua...kami xpernah lupa dan xakan lupa...

WE ALL LOVE YOU BRO !!

1 comments:

athirah

: setiap yg hidup pasti akan pergi

Post a Comment