Monday, January 02, 2012

Mengangkat Jari Ketika Duduk Tasyahud

Isyarat Jari Semasa Duduk Tasyahud

Hadis yang terdapat dalam bab isyarat 'musabbibah'.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Nabi s.a.w apabila duduk semasa solat,Baginda meletakkan kedua-dua tangannya di atas lutut dan menaikkan jarinya yang selepas ibu jari (jari telunjuk) dan kemudian berdoa ketika itu." (Riwayat Muslim,no 113)

Daripada Ali  bin Al-Ma'awi bahawa beliau bersolat di sebelah Ibn Umar r.a dan padanya Abu Bakar berkata: "Aku nampak Abu Bakar al-Siddiq menggenggam tiga jarinya dan menegakkan jari telunjuk." (Riwayat Humaidi)

Kefahaman daripada 2 hadis di atas ialah, Riwayat pertama dan kedua daripada hadis sahih di atas menjelaskan dengan terang,sunnah Nabi s.a.w untuk menaikkan jari telunjuk.Walau bagaimanapun,dalam kedua-dua hadis di atas,tiada yang menyebut tentang Nabi s.a.w menggerakkan atau menggoyangkannya.(Kajian pentahqiq dalam Nuzhah al-Nazr Tawdih Nukhbat al-Fikr,Dr Abd Sami' al-Anis,hlmn.146)

Berkata para ulama,dikhaskan jari telunjuk ketika tasyahhud kerana kaitannya ia bersambung terus ke hati ,maka dengan menggerakkannaya dapat mendatangkan kekusyukan .(Subul al-Salam,jil.1 hlmn 363)

(Sumber : SOLUSI ,ISU 38) P/S: sila rujuk. untuk sebarang maklumat...maaf jika terdapat sebarang kesalahan....

SELAMAT MEMBACA !!

0 comments:

Post a Comment